KOLABORASI DENGAN ORKESTRA AUBREY SUWITO
JADI TANDA ARAS 8 NOV INI
CADENZA OF THE SOUL: NOH SALLEH BAWA SEMANGAT AGUNG PENUH SENI
Selepas lebih dua dekad menekuni belantika muzik dengan karya-karya yang merentasi generasi, Noh Salleh bukan lagi hanya sekadar sepotong nama.
Namun Noh Salleh, 41, adalah sebuah jenama pemuzik tempatan yang layak dijadikan tanda aras buat abad ini. Bukan hanya diminati sebagai penyanyi namun bakat luar biasa sebagai komposer, penulis lagu paling berpengaruh dalam generasinya menjadikan Noh Salleh figura paling signifikan dalam evolusi muzik alternatif Nusantara.
Kualiti dan penampilan Noh Salleh sebagai penghibur sejak 20 tahun lalu semakin dinamik, membuat beliau menjadi salah satu figura seni yang punya empayar sendiri.
Dan menonton Noh Salleh dalam banyak persembahan panggung adalah ‘pemandangan biasa’. Namun, cuba bayangkan ketika lagu-lagu Noh Salleh bertemu orkestra. Memang bukan kali pertama, tetapi konsert solo kali ini merupakan berskala besar pertama yang diadakan.
Bayangkan bagaimana karya seperti Angin Kencang, Rahsia Tuhan, Bunga Di Telinga dan Sang Penikam diperkasakan dengan susunan yang lebih eksklusif di bawah sentuhan orkestra Aubrey Suwito. Sementelah Noh Salleh sentiasa berani bereksperimen dengan pelbagai genre, daripada rock alternatif, folk dan pop sehinggalah elemen jazz, bossa nova serta muzik sinematik ; tentu sahaja ia akan menjadi momen penuh emosi buat anda semua.
Maka apabila penganjur bersama Altus Prohouse dan CK Star Entertainment mengumumkan penganjuran Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra yang dijadual berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 8 November ini, ia bukan sekadar hiburan dalam konsert.
Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra menjadi konsert kedua buat vokalis itu dalam format orkestra secara solo. Sebelum ini, Noh pernah muncul dengan konsert solo orkestra bersama MPO di Dewan Philharmonik Petronas pada November tahun lalu.
Malah Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra akan menjadi ruang kadensa jiwa yang dipenuhi ekspresi emosi, perasaan atau semangat yang mendalam secara bebas serta penuh seni lewat kemahiran, kepakaran serta kehebatan seni Noh Salleh serta Aubrey Suwito dengan pimpinan orkestranya ; sesuai judul konsert yang dipinjam daripada bahasa Itali iaitu Cadenza yang bermaksud solo manakala soul adalah jiwa.
Kolaborasi dua figura yang mempunyai identiti muzik tersendiri ini dijangka memberikan dimensi baharu kepada karya-karya yang telah lama menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup para pendengar.
“Lebih daripada sekadar sebuah konsert, Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra merupakan sebuah penghormatan terhadap perjalanan seni Noh Salleh yang menggabungkan elemen muzik, penceritaan dan emosi dalam satu malam yang diraikan bersama para peminat.
“Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra akan menjadi babak baharu buat suara yang sudah lama menemani anda tetapi bakal dilakar dalam format dan sesuatu yang tidak pernah anda dengar dan rasai.
“Kami di Altus Prohouse dan CK Star Entertainment juga percaya dengan reputasi Aubrey Suwito sebagai antara pengarah muzik dan komposer paling disegani di Malaysia, kolaborasi ini dijangka menghasilkan sebuah persembahan yang bukan sahaja mengangkat nilai artistik karya-karya Noh Salleh, tetapi menawarkan pengalaman konsert yang berbeza daripada persembahan-persembahan beliau sebelum ini,” ujar wakil dari CK Star Entertainment dan Altus ProHouse.
Menerusi Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra juga, karya-karya terpilih untuk didendangkan tentu sahaja disuntik nafas baharu tanpa menghilangkan roh asalnya. Susunan orkestra bukan sekadar memperindahkan muzik, sebaliknya membuka ruang kepada penonton untuk menikmati setiap lagu daripada perspektif yang berbeza, lebih mendalam dan mengasyikkan.
Malah Aubrey Suwito mengakui tidak sabar untuk mempersembahkan projek agung ini bersama Noh Salleh,
“Saya tidak perlu berfikir dua kali untuk mengatakan ya atau bersetuju dengan projek ini. Noh Salleh seorang karyawan seni generasi kini yang cukup genius.
“Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra pula akan menjadi sebuah perayaan muzik yang agung. Hadir dan rayakan emosi-emosi anda pada 8 November ini di Idea Live Arena dan pulang dengan jiwa yang besar terhadap karya anak tempatan,” ujar Aubrey Suwito.
Untuk itu, jangan sampai terlepas menyaksikan sejarah hebat dunia hiburan Malaysia dengan hadir ke Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra di Idea Live Arena pada 8 November ini untuk mendukung serta menjadi saksi kepada pemilik album solo Angin Kencang ini yang juga sudah mengukuhkan hubungan artistiknya dengan Nusantara.
Namun sebelum itu, pastikan anda mendapatkan kategori tiket yang sesuai bermula dengan harga RM188 (CAT 3), RM268 (CAT 2), RM368 (CAT 1), RM488 (VIP), RM588 (VVIP & SESI ‘MEET & GREET), RM788 (TWIN SEAT, SUITE ROOM 1-4) untuk menikmati Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra di Idea Live Arena pada 8 November ini bermula pukul 8.30 malam yang sukar diulangi.
Bonus buat pemegang tiket VVIP. Jangan terlepas manfaat ini, iaitu sesi ‘Meet & Greet’ bersama artis.
Manakala pembeli VIP pula akan menikmati T-shirt konsert eksklusif edisi terhad. (Free Size sahaja.)
Tiket dengan kategori yang dinyatakan akan MULA DIJUAL pada 5 Ogos 2026, 12 tengah hari di www.ticket2u.com.my atau www.fantopia.io
Ingat, Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra bukan sekadar menonton konsert tetapi menyelami dan menikmati karya-karya ikonik Noh Salleh dalam balutan orkestra yang cukup mahal untuk dilepaskan.
Selamat menikmati Kadensa Jiwa bersama Noh Salleh dan pasukan orkestra Aubrey Suwito di Idea Live Arena pada 8 November ini.
